Abah.ayah.walid.Baba. Papa.
Mereka adalah sama.Cuma panggilan yang berbeza.Panggilan yang beda.
Mereka punyai tugas yang sama.mencari rezeki.membanting tenaga agar mahu melihat anak2 terus berjaya, mahu melihat anak menjadi manusia berguna.
Abah.yup itu panggilan kami 5 beradik kepada Bapa yang mengeluarkan
tenaga 4 kerat demi menyara dan membesarkan kami. Frankly speaking abah
mmg baran.manakan tidak, aku penah di tampar ketika berumur 5/6 tahun.
"Tolong kejut abah pukul 2 boleh?"pinta abah. Tentunya boleh utk abah tersayang. Akan tetapi, ku sangkakan abah betul2 mahu bangun.Siapa sangka darah muda dan mungkin keadaan panas menyebabkan beliau bertindak ganas.
Pang! satu pelempang melekat di pipi ku yang menyebabkan ku trauma utk mengejutnya dari tidur tengah hari sampai ke hari ini..
itulah ayahku.baran.tapi sentiasa cuba utk menghiburkan anak2 di kala kami sekeluarga duduk sekali.Beliau mmg pak lawak dalam family.kurang bercakap.suka kepada anak2 kecil.rajin bekerja.
kalau nak dikirakan baran abah,rasanya semua jenis household pernah kami adek bradik rasa. kecuali penumbuk dan penerajang beliau. Beliau penah baling periuk nasi kepada adikku kerana enggan pergi ke asrama.Cool bukan? haha..mna nak dapat abah mcm nie?:p takat tali pinggang?ah itu makanan asasi tue, hanger? itu desert. rotan? hah, itu kawan karib..
kalau nak diceritakan tentang terkilan..Ah, usah dikenang..mau beralbum2 kisah terkilan mampu di garapkan.Tatkala orang2 lain sibuk membawa anak2 mereka memancing di tasik banding,kami di tinggalkan dirumah.tapi bila beliau balik ke rumah, sibuk membanggakan anak orang lain..
"Anak mat redho baya apis tue dapat naik ikan toman 3 kilo,baru baya2 apis dah terer memancing"
heh, anak sndiri tinggal dirumah.Tapi waktu dlu dah blaja konsep usnuzon ^_^ abah takut bahaya kot.yelah, tasik banding kan dalam...
Waktu Form1, cikgu sejarah meminta membuat Folio sejarah kluarga.Yes.mmg berbangga berketurunan Raja Bolkiah dari Brunei.Tapi tatkala semua kawan2 sibuk mewarwarkan tentang ayah mereka ijazah itu dan ini, aku hanya mampu tersenyum.Apalah yang abah ada dari segi pelajaran..hanya SPM pangkat 3.
Tapi bila aku semakin melangkah ke alam dewasa.Yes! bapak aku lagi best dari bapak orang lain...
baru nak perasan yang bapak sendiri punyai kemahiran hidup yang sangat tinggi.Beliau hebat memasak, bertukang, repair kereta, serba serbi dan paling respect...
jahit baju melayu.cool kn? ^_^
Sekarang abah dah tua.xlarat lagi merotan.tiada lagi suara2 jeritan2 mengatakan maghrib dan sewaktu dgnnya.
Yang ada hanyalah suara2 nasihat yang tak lepas2 dan juga soalan2 mengambil berat. tak kurang juga bebelan2 manja tanda prihatin.ye.kami anak beliau.air amata beliau..Mana mungkin beliau akan berleter tanpa satu pertalian yang dinamakan anak beranak.
"Abah demam, siapa nak gosok blakang abah?"abah meminta kami untuk menggosok belakang badan ketika beliau mahu mandi gara2 demam panas. "along la gosokkn daun bambu, along lelaki" kata madihah. Aku hanya terdiam.jika tidak di suruh pun pasti sepasang tangan ini akan mengosok belakang abah. Tatkala mengosok, rasa sayu dan sebak..abah yang dlunya ketang kini kurus sgt..dari 80 kg abah turun sampai 65 gara2 sakit belakang. berbulan2 tak tido malam. Sampaikan beliau mengomel apabila doktor menarankannya menurunkan berat badan sehingga 60 kg.
"Heh, aku dah sampai xde punggung dah, lagi die suruh aku turun sampai 60? Ape je yg tinggal nanti" Kata Abah..
Abah yang dahulunya ligat melibas rotan umpama zoro kini hanya mampu menebas sejam 2 bagi mengeluarkan peluh.
Dlu ketika aku mengambil peperiksaan UPSR abah cium di dahi tanda rstu sambil di togok air yaasin utk mengambil berkat. Alhamdulillah 4A 1 B sebagai tanda perkenan Ilahi.sungguh terkesan, janggal dan sebagainya kerana abah baran. cakap dan tindak tanduknya hanya makian, pukulan dan sindiran.
Abah, Along dah besar.mampu jaga abah.mampu jaga mak. Along tau kadang2 abah ego, xnak cakap dengan kami kalau ada susah apa2.hutang pak hasan pinjam dekat abah 20 K xbayar2 lagi.sedangkan pak hasan dah tukar kereta 2,3 kali...
Abah, along, wan dgn ammar kiteorg dah boleh bergasak dah..cakap lah dgn kami andai perlukan ape2..andai perlukan langit sekalipun akan kami cuba dapatkan utk abah.kami sayang abah.abah baran waktu kami kecik.yes u r.tapi abah tetap abah kami.busuk2 abah. abah tetap abah kami.
We love You. Terima Kasih mendidik dan menjaga kami dari kecik. Tak terbalas jasa abah dgn mak mendidik kami.
Wahai tuhan kami, engkau peliharalah orang tua kami seperti mana mereka mengasihi kami semejak kecil...